Fuhh..mencabar juga...itu ayat pertama yang terkeluar dari mulut bile cuba membuat kuih ni. Mane tak nyer, first time wat ade yang tak bpe masak, tlebih masak dan paling best menahan panas minyak. Bila dengar dari cerita mak memang nampak agak mencabar wat kuih ni tapi aku tak bpe kesah..konon igt senang..hahaha..sekali da buat, tau camne pengalamannya. tapi berbaloi sebab rase seronok bile da jadi. Timbul rase kepuasan.
Bile da siap aku pon rase kuih tersebut, pehh..memang power kuih masakan orang bujang nih..kalah anak dara..huhu (saje puji diri sendiri). Ni memang pengalaman pertama aku wat kuih, tapi alhamdulillah menjadi juga. Sebenarnya tidak lah susah nak wat kuih ni, senangjer cume jari perlu tahan dengan kepanasan minyak. So pade kawan2 yang nak try wat kuih ni..bolehla cube..klu nak lebih mencabar, cube bakar pakai kayu api.
Pada sesiapa yang nak cube resipi ni sila kanlah ni aku sertakan bahan2 dan cara membuatnya.
1/2 kilo tepung gandum
1/2 kilo gula
3 biji telur
1 sudu kecil garam
3 cawan santan
Minyak masak
Caranya:
Pukul telur sehingga kembang, kemudian masuk kan tepung gandum, gula dan santan berselang seli.Pukul sehingga rata kemudian masukkan garam. Setelah siap bahan tersebut, panaskan minyak dan acuan kuih sepit a.k.a kapit.Setelah minyak panas, letak bahan yang dicampur tadi di atas acuan dan kepit, kemudian masuk ke dalam minyak. Goreng sehingga kuning keemasan, kemudian kikis kulit di tepi acuan. Buka tudung acuan dan keluarkan isinya untuk
dilipat denga segera. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas kedap
udara.
nota hati: Jika nak lebih mudah, order jer ngn saya 0172248074
50 keping - Rm 10, 100 Keping - Rm 18.
Jika nak saya pos kan juz tambah Rm 6.
Mudah, senang dan ringkas kan..hehehe
Assalamualaikum dan Selamat sehjahtera,
Pertama sekali, terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Diharap anda enjoy dengan post yang saya pamerkan pada blog ini. Sekiranya ada komen / pandangan yang diberikan, sila-silalah catat komen anda yer.
Errmmm..nak cakap pe lagi yer…huhu…itu jela….selamat melayari blog…terima kasih sekali lagi…peace..Wassalam…
Mohd Hardani @ Teruna Banjar (^_^)
Selasa, 24 Julai 2012
Jumaat, 20 Julai 2012
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum w.b.t kepada penulis, pengikut dan pembaca blog semua..
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Semoga di bulan mulia ini kita sama meraih ganjaran dari Allah dengan mempertingkatkan amal ibadat kita..amin..
Pagi tadi saya pergi mendengar ceramah mengenai bulan ramadhan yang bertajuk Ramadhan Bulan Penyucian Jiwa anjuran PUSPANITA jabatan tempat saya bertugas. Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK dan ahli PUSPANITA yang berjaya dalam penganjuran ceramah ini. Semoga anda semua mendapat ganjaran dari ALLAH atas usaha murni ini.
Banyak ilmu yang saya dapat dalam program tersebut. Dari perkara2 yang membatalkan puasa hingga perkara2 sunat dalam bulan Ramadhan. Namun apa yang paling menarik perhatian saya adalah ibadat yang menentukan amal puasa dan perkara suant yang kita buat itu diterima Allah atau tidak iaitu IBADAT WAJIB yang perlu dilaksanakan setiap hamba-NYA iaitu SOLAT FARDHU..
Menurut penceramah Al-Fadhil Ustaz Hj. Wan Hamidi Wan Mat yang menyampaikan ceramah tadi "Barangsiapa Yang Mendirikan Solat, Bermakna Dia Menegakkan Agamanya. Tetapi Barangsiapa Yang Meninggalkan Solat, Bermakna Dia Meruntuhkan Agamanya". Bila saya renungkan kembali dan berfikir menggunakan akal dan pengalaman serta ilmu agama yang sedikit ini, memang benar apa yang dikatakan penceramah. Ini kerana Ibadah Solat adalah pemangkin kepada pemurnian dan pembersihan jiwa seseorang muslim. Jika yang wajib kita tidak dapat laksanakan, apatah lagi ibadah sunat.
Jadi marilah kita sama2 memantapkan dan menetapkan hati dalam memperkemas dan memperbaiki Ibadat Solat kita agar kita dapat ganjaran penuh dari ALLAH. Apabila pelaksanaan dalam Ibadat Fardhu dimantapkan, Insyaallah, Ibadat yang sunat juga boleh kita lakukan dengan Istiqomah.
Antara amalan sunat yang digalakkan dilakukan di dalam bulan Ramadhan:
1. Perbanyakkan bersedekah
2. Membaca Al-Quran (Sebolehnya Khatam dihujung ramadhan)
-caranya: baca paling kurang 4 mukasurat selepas solat fardhu.
3. Melazimi solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat sunat hajat.
4. Sentiasa berzikir.
5. Qiamullail (diisi dengan solat sunat dan zikrullah)
Saya menyeru kepada diri saya dan pembaca serta pengikut blog saya, marilah kita sama-sama meraih ganjaran dibulan yang penuh barakah ini. Semoga segala amalan kita diterima ALLAH.amin. Disini juga saya ingin memohon maaf sekiranya penulisan saya selama ini ada menyinggung mana2 insan yang mengikuti dan membaca blog saya. Harap anda semua maafkan saya...
"Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadan Al-Mubarak"
Teruna Banjar @ Mohd Hardani Bin Herman

Khamis, 19 Julai 2012
Semut Masuk Ke Dalam Air...
Orang kata, air yang dimasuki
semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminum’nya juga
akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak
dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih
mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.
Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?
Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1. Bangkai semut yang masuk
atau jatuh ke dalam air yang sedikit.Yakni ia telah mati sebelum jatuh dalam
air.Ini berlaku 2 keadaan:
a: Jika ia jatuh dengan
iktiar kita(sengaja),contohnya kita memasukkan gula atau susu yang ada bangkai
semut ke dalam air.Hukumnya najis.
b: Jika ia jatuh bukan dengan iktiar kita(tak sengaja).contohnya ia jatuh dalam air kerana ditiup angin,hukumnya najis,jika berubah sifat air itu:tetapi dimaafkan jika tak berubah sifatnya.
2: Semut yang masuk ke dalam
air ketika masih hidup tetapi mati (lemas) di dlmnya.Ini berlaku dalam 2
keadaan:
a: Ia masuk(jatuh) dengan
sengaja.contohnya apabila memasukkan gula yang ada semut atau ketika menapis
air.Jika:
1. Mati dengan sendirinya,hukumnya dimaafkan menurut ibnu hajar tapi menurut sheikh Ramli,tetap najis kerana sengaja dimasukkan.
2. Ia mati dalam air itu dengan tak sengaja.contohnya mati semasa bancuh air
atau ketika hendah keluarkannya.Hukumnya najis.
b: Ia masuk(jatuh) ke dalam air bukan dengan sengaja.contohnya ia masuk kerana ditiup angin.Hukumnya:
1: Jika mati dengan sendiri(lemas),maka dimaafkan.Minum air itu selapas dibuang bangkainya.
2: Jika mati dengan ikhtiar kita,maka air itu najis dan tak boleh diminum.
MEMAKAN ATAU MEMINUM BENDA
yang NAJIS,AKAN MELEMAHKAN DAYA PEMIKIRAN KITA SERTA BERDOSA.
Nota: Jika memang da rasa was-was dengan air yang bercampur semut tu, ganti jela dengan air yang lain.
‘Arafah’ Cinta
Jika benar menyambut hari Valentine ini tanda menghargai cinta, maka
kitalah yang paling layak menyambutnya, kata saya, “bukan untuk menyerupai
orang kafir tetapi Islam benar-benar menghargai cinta.”Saya mengatakan demikian kerana Islamlah agama yang paling ke hadapan dalam menjaga kesucian cinta.
Apa tidaknya cinta (antara lelaki dan wanita) lahirnya di tempat yang
paling mulia. Cinta lahir di syurga! Ketika semua nikmat di syurga dapat
dikecapi, nabi Adam masih terasa ada “kekosongan”. Allah Maha Mengetahui isi
hati hamba-Nya, lalu diciptakannya seorang wanita – Hawa, bersama cinta. Lalu
kekosongan itu pun terisi. Cinta adalah nikmat hati. Dan manusia yang pertama
mengecap nikmat itu ialah seorang yang mulia – seorang nabi. Di mana? Di
syurga!
Cinta dilahirkan di tempat yang baik (syurga), dianugerahkan oleh yang Maha
baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (nabi Adam a.s) dan
diwariskan untuk orang yang baik-baik (para solihin). Sekali lagi, cinta lahir
di syurga dan akan berakhir (kembali) ke syurga.
Menyedari hakikat itu, marilah kita sucikan cinta seperti
mula ia dianugerahkan Allah. Hanya dengan cinta yang terjaga kesuciannya sahaja
manusia yang saling bercinta itu akan memasuki syurga. Bagaimana menjaga
kesucian cinta?
1. Bercinta kerana Allah
Sedarlah sentiasa bahawa cinta itu adalah “hadiah” daripada Allah. Justeru, jangan sekali-kali kita terleka dengan hadiah sehingga melupakan Pemberi hadiah (Allah). Cinta sesama makhluk jangan sampai mengatasi cinta kepada Allah. Cinta bukan Tuhan. Ia hanya hadiah daripada Tuhan. Malangnya, dalam cerita-cerita cinta versi Barat dan Timur, kerap kali dipaparkan seolah-olah cinta itu “Tuhan”.

2. Menjaga peraturan cinta.
Kedua, cinta itu anugerah Tuhan yang diturunkan bersama peraturannya. Hargailah cinta dan hargai jugalah “peraturan cinta” yang dianugerahkan bersamanya. Maka begitulah dengan peraturan cinta. Jangan dipinggirkan peraturan itu tatkala bercinta. Jika tidak, cinta akan tercemar dan bertukar, dari nikmat yang paling indah menjadi racun pemusnah. Inilah akibatnya melupakan peraturan Tuhan dalam bercinta.

Peraturan cinta itu apa? Ia adalah syariat – hukum halal (wajib), haram,
sunat, makruh dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan
diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat dipulangkan
kepada kebijaksanaan dan kewarakan untuk membuat atau meninggalkannya.
Percayalah, kemanisan dengan menempuh jalan yang haram, akan berakhir dengan
kepahitan. Percayalah, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan.
Telah dikatakan sebelumnya bahawa cinta itu adalah “warisan” Nabi Adam buat
orang yang baik-baik di belakang hari. Jadi, untuk menikmati dan menjaga
kesucian cinta jadilah orang yang baik-baik dengan selalu membuat kebaikan.
Bagi suami isteri yang sudah diikat dengan tali perkahwinan, jadikanlah cinta
dalam rumah tangga untuk melaksanakan kebaikan kepada anak-anak, tetangga dan
masyarakat.
Raihlah sebanyak-banyaknya pahala sabar, reda, qanaah dan mujahadah semasa
berperanan sebagai suami atau isteri. Tuailah sebanyak-banyak pahala dalam
menguruskan rumah tangga. Untuk mengekalkan cinta sampai syurga cintailah yang
Maha kekal (Allah). Ikut syariat-Nya dalam apa jua keputusan. Katakan pada diri
selalu bahawa suami atau isteri bukan milik kita.
Pernah Sayidina Abu Bakar memerintahkan anak lelakinya menceraikan isteri
yang baru dikahwininya apabila dilihatnya anak lelakinya itu semakin cuai solat
berjemaah kerana asyik “berulit” dengan isteri. Tindakan itu bukan untuk
memutuskan cinta keduanya tetapi demi mengikat cinta itu dengan tali Allah.
Sayidina Abu Bakar menyedari cinta manusia yang membelakangkan cinta Allah
tidak akan sampai ke syurga!
Ingat selalu, untuk bercinta sampai ke syurga di akhirat jadilah rumah
tangga kita “syurga” di dunia – Baiti Jannati. Muhasabah selalu bersama isteri
atau suami apakah rumah tangga sekarang sudah layak digelar “syurga”? Jika
belum, berusahalah. Bermujahadahlah. Berkorbanlah. Pandang muka isteri (atau
suami), pandang seorang demi seorang anak-anak kita… Ucapkan pada diri, “tidak
akan aku biarkan seorang pun daripada kamu terpisah di akhirat nanti. Kita
semua akan berkumpul sekali lagi… abadi di syurga nanti. Insya-Allah. Amin.”
Bercintalah sampai syurga, jika benar-benar cintakan pasangan kita. Untuk
itu bersedialah menempuh kesusahan. Nabi Adam dan Hawa mula bercinta di syurga,
diuji dengan satu larangan, tersalah… dan “tercampak” ke dunia. Cinta terpisah
sekian lama. Adam di satu penjuru. Hawa di penjuru yang lain. Bertaubat
terus-terusan. Raja’na illallah (kembali kepada Allah). Dan akhirnya apabila
cinta yang “tercemar” itu kembali bersinar, bertemulah semula cinta mereka di
Arafah!
Cinta sampai syurga… jangan melupakan cinta Allah. Jangan dilanggar
syariat-Nya. Jika sudah tercemar, gilap kembali agar bersinar. Insya-Allah,
akan ada “Arafah” cinta kita. Akan ada syurga kita!
Tip bercinta
sampai syurga.
- Dahulukan hak Allah daripada hak
pasangan kita.
- Sentiasa bekerjasama untuk membuat
kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
- Sama-sama saling ingat
mengingatkan agar menjauhi kemungkaran.
- Rela berkorban kesenangan sesama
pasangan demi bakti sesama manusia.
- Berdoa dan bersedekah sebagai
wasilah mengekalkan cinta.
Sabtu, 28 April 2012
Awasss!! Denggi Melanda!!
Tarikh 21 April 2012..sejarah baru terlakar dalam hidupku..pertama kali aku ditahan di wad kerana denggi...memang seksa dok kat hospital nih..walaupun doktor & nurse nyer comey belaka...hahaha. 3 hai 2 malam menginap kat rse cam 3 bulan. tiap hari mesti kene amek darah. 4 kali sehari..adoii...merah tangan kene cocok..
Ni serba sedikit tentang denggi untuk info pembaca.
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.
**Perkara yang masih aku ingat sampai sekarang. Minum air dalam kuantiti yang banyak dan kerap buang air. Itu cara terbaik untuk menyingkirkan virus AEDES dari badan kita..
***Sape-sape yang demam lebih dari 2 hari, pergilah ke pusat kesihatan kerajaan untuk periksa darah sekali. Mane tau de virus denggi. Bukan mendoakan tapi sebagai langkah berjaga-jaga.
'KATAKAN TIDAK PADA DENGGI'
Jumaat, 13 April 2012
Sembilan Untukku, Satu Buatmu

Wahai
dikau pemilik persona yang mendamaikan,
Maafkan aku kiranya nukilan ini membuatmu jauh hati padaku
Maafkan aku kiranya nukilan ini membuatmu jauh hati padaku
Aku
tahu kamar hatimu terbuncang tulus kasih yang tak berbelah bahagi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Aku tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Aku tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Padamu
selalu aku bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas.
Bukan aku tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Bukan aku tak bersungguh denganmu seadanya.
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.
Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat
Bukan aku tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Bukan aku tak bersungguh denganmu seadanya.
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.
Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat
Bagiku
telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan,
Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan
Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan
Bukan
ini diskriminasi ilahi
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
Terciptanya kamu dari serpihan penuh rahsia
Yang mohon dituntun penuh waspada
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
Terciptanya kamu dari serpihan penuh rahsia
Yang mohon dituntun penuh waspada
Barang
kau ingat wahai puteri
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu
Kutahu
juga sembilan nafsumu bertakhta
Satu akalmu sering kecundang kehilangan kuasa
Itulah sebab benteng kubina, kerana sayangku padamu tidak terhingga
Satu akalmu sering kecundang kehilangan kuasa
Itulah sebab benteng kubina, kerana sayangku padamu tidak terhingga
Aku
tidak mahu kasarnya sentuhan,
mencalarkan kacamu yang kerapuhan,
Kubimbang jika aku bukanlah jodohmu,
kelak kau tersisa tidak bermutu
Kupohon kau jagalah peribadimu,
jangan terlalu mudah memberi sebelumnya waktu
Biar sombong dikata duniawi, asalkan jadi cemburuan bidadari syurgawi

aku tidak kasih padamu, bukan juga aku tak kisah padamu
Tapi biarkan itu berlaku seiring waktu
Sebagai bingkisan jodoh yang datang bertamu.
Tapi biarkan itu berlaku seiring waktu
Sebagai bingkisan jodoh yang datang bertamu.
Aku
bukanlah Ustaz Wan Aqasha, dan kau juga bukan Ustazah Siti Norba'yah
Tapi kuharap cinta kita semanis kurma, dan mahligai terbina penuh ceria
Kuharap dikau bukan pilihan yang salah,
Sebelum jodoh datang menjengah
Bersamalah menimba ilmu yang payah,
Agar saat istana bergoyah,
Bahtera kita masih berarah.
Ketika restu dan izin-Nya mencurah,
Akan kupinangmu dengan Bismillah.

Inilah Tuan Milik Tulang Rusuk Kiri Mu
Ketika
aku masih lagi di bangku sekolah, melafazkan cinta itu merupakan perkara yang
mudah. Bukan aku sahaja yang melakukan sebegitu tetapi ramai lagi kawan-kawan
aku melafazakan cinta antara satu sama lain. Ketika itu mungkin rasa ingin tahu
terhadap cinta itu sangat tinggi mengatasi rasa ingin tahu untuk membina cita
yang lebih cerah pada masa akan datang. Itulah senario yang berlaku pada aku
dan juga kawan-kawan. Mengapa begitu mudah cinta itu dilafazkan?
Setelah
tamat alam persekolahan, masing-masing membawa haluan sendiri. Dan ternyata
cinta selama ini yang mereka banggakan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Tiada sebarang ikatan,tetapi sekadar saham dosa di akhirat kelak. Semasa di
kolej matrikulasi aku pernah terdengar yang si lelaki merupakan pemilik tulang
rusuk kiri si wanita. Apa kaitan antara lelaki dan wanita tersebut? Allah S.W.T
memang menjadikan lelaki untuk melindungi si wanita dan wanita untuk
membahagiakan si lelaki. Itu lumrah kehidupan yang perlu kita terima.
Terdapat
satu hadis yang berbunyi:
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran
mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas,
jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu
membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita
kamu."
- Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
- Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Kadang
kala terasa malu jika melihatkan diri yang kerdil lagi hina untuk dimiliki oleh
seorang wanita yang solehah. Malu untuk mengaku bahawa itulah tulang rusuk kiri
aku sendiri yang sekian lama terbenam dalam tubuhnya. Dengan adanya tulang
rusuk tersebut, dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah
di atas muka bumi ini. Bagaimana pula dengan aku? Persoalan yang sering timbul
di dalam benak fikiran aku ialah sudah cukup bagus ke aku untuk memiliki wanita
yang cukup sempurna imannya, manis rupa parasnya,sopan santunnya dan elok budi
pekertinya?
Ada
sesekali aku berfikir akan dosa dan noda yang telah aku lalui selama ini,
layakkah aku untuk mengaku tulang rusuk itu milik aku? Belum cukup sedia aku
rasakan. Banyak lagi perkara yang aku harus pelajari untuk menjadi lelaki
sejati yang berpaksikan keimanan dalam kehidupan seharian. Sebagai suami dan
bapa kelak, perkara-perkara yang berkaitan dengan iman,amal perlu dititik
beratkan agar si wanita (isteri) berasa bangga bahawa tuan milik tulang rusuk
kirinya selama ini merupakan seorang yang soleh dan taat kepada ajaran Allah
S.W.T.
Bagaimana
pula jika aku masih seperti dulu? Solat mudah ditinggal-tinggalkan, berhibur
tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, puasa sentiasa ada cacat celanya,
masjid, surau ibarat tempat yang asing bagi aku. Pasti kecewa wanita solehah
itu, hancur hatinya. Aku dapat merasakan bahawa wanita itu mengimpikan seorang
lelaki yang seagung Rasullulah dan sehebat sahabat-sahabat nya.
Firman
Allah S.W.T:
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)

"Wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik?"
Pada
satu ketika dulu aku pernah terfikir, untunglah lelaki yang baik,kerana mereka
akan memperoleh wanita yang baik. Tetapi aku tidak pernah terfikir untuk
menjadi salah seorang lelaki yang beruntung itu. Lalu aku abaikan firman Allah
yang suci ini dan terus leka dan lalai dalam pelukan duniawi. Kini umur hampir
mencecah 22 tahun, makin hari perkara ini sering bermain di kotak minda aku.
Sampai bila untuk aku jadi begini?lalai dari semua perintahNya? Timbul rasa
insaf dan ingin kembali kepada fitrah kejadianku. Dari situ juga aku banyak
bermonolog sendiri,
"Jika
aku seorang lelaki yang jahat, adakah aku akan menerima wanita yang sama jahat
sebagai isteri aku?"
"Bagaimana
jika aku seorang lelaki yang baik?"
Dari
situlah bermulanya pengembaraan tranformasi untuk menjadi insan yang mulia di
sisiNya. Rasa malu terhadap Allah S.W.T itu kian menebal dan seiring rasa segan
untuk berhadapan wanita solehah yang memiliki tulang rusuk itu buat sekian
kalinya. Semua perasaan bercampur menjadi satu. Rasa malu kepada Allah
sehinggakan timbul rasa rindu kepadaNya. Baru sekarang aku dapat rasakan betapa
tenangnya hidup ini jika semua perintah Allah kita lakukan dengan hati yang
ikhlas dan laranganNya ditinggalkan jauh dari diri ini.
Namun
sudah bersediakah aku untuk mengaku kepada wanita solehah itu yang akulah tuan
milik tulang rusuk kirinya selama ini? Tepuk dada tanyalah iman. Pendek kata
apa yang aku lalui sekarang hanya sekadar di lapisan atas sahaja. Banyak lagi
perkara yang aku harus belajar agar wanita itu boleh menerima aku sebagai
suaminya yang taat kepada Penciptanya dan kasih kepadanya sepenuh hati.
Dan sekarang,aku punya satu hasrat terhadap wanita
solehah itu, ketahuilah bahawa aku sedang mempersiapkan diri untuk memilikimu
sebagai teman hidup aku yang sah.
Idea 12 April 2012@2200
Langgan:
Catatan (Atom)