Ketika
aku masih lagi di bangku sekolah, melafazkan cinta itu merupakan perkara yang
mudah. Bukan aku sahaja yang melakukan sebegitu tetapi ramai lagi kawan-kawan
aku melafazakan cinta antara satu sama lain. Ketika itu mungkin rasa ingin tahu
terhadap cinta itu sangat tinggi mengatasi rasa ingin tahu untuk membina cita
yang lebih cerah pada masa akan datang. Itulah senario yang berlaku pada aku
dan juga kawan-kawan. Mengapa begitu mudah cinta itu dilafazkan?
Setelah
tamat alam persekolahan, masing-masing membawa haluan sendiri. Dan ternyata
cinta selama ini yang mereka banggakan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Tiada sebarang ikatan,tetapi sekadar saham dosa di akhirat kelak. Semasa di
kolej matrikulasi aku pernah terdengar yang si lelaki merupakan pemilik tulang
rusuk kiri si wanita. Apa kaitan antara lelaki dan wanita tersebut? Allah S.W.T
memang menjadikan lelaki untuk melindungi si wanita dan wanita untuk
membahagiakan si lelaki. Itu lumrah kehidupan yang perlu kita terima.
Terdapat
satu hadis yang berbunyi:
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran
mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas,
jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu
membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita
kamu."
- Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
- Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Kadang
kala terasa malu jika melihatkan diri yang kerdil lagi hina untuk dimiliki oleh
seorang wanita yang solehah. Malu untuk mengaku bahawa itulah tulang rusuk kiri
aku sendiri yang sekian lama terbenam dalam tubuhnya. Dengan adanya tulang
rusuk tersebut, dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah
di atas muka bumi ini. Bagaimana pula dengan aku? Persoalan yang sering timbul
di dalam benak fikiran aku ialah sudah cukup bagus ke aku untuk memiliki wanita
yang cukup sempurna imannya, manis rupa parasnya,sopan santunnya dan elok budi
pekertinya?
Ada
sesekali aku berfikir akan dosa dan noda yang telah aku lalui selama ini,
layakkah aku untuk mengaku tulang rusuk itu milik aku? Belum cukup sedia aku
rasakan. Banyak lagi perkara yang aku harus pelajari untuk menjadi lelaki
sejati yang berpaksikan keimanan dalam kehidupan seharian. Sebagai suami dan
bapa kelak, perkara-perkara yang berkaitan dengan iman,amal perlu dititik
beratkan agar si wanita (isteri) berasa bangga bahawa tuan milik tulang rusuk
kirinya selama ini merupakan seorang yang soleh dan taat kepada ajaran Allah
S.W.T.
Bagaimana
pula jika aku masih seperti dulu? Solat mudah ditinggal-tinggalkan, berhibur
tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, puasa sentiasa ada cacat celanya,
masjid, surau ibarat tempat yang asing bagi aku. Pasti kecewa wanita solehah
itu, hancur hatinya. Aku dapat merasakan bahawa wanita itu mengimpikan seorang
lelaki yang seagung Rasullulah dan sehebat sahabat-sahabat nya.
Firman
Allah S.W.T:
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)
"Wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik?"
Pada
satu ketika dulu aku pernah terfikir, untunglah lelaki yang baik,kerana mereka
akan memperoleh wanita yang baik. Tetapi aku tidak pernah terfikir untuk
menjadi salah seorang lelaki yang beruntung itu. Lalu aku abaikan firman Allah
yang suci ini dan terus leka dan lalai dalam pelukan duniawi. Kini umur hampir
mencecah 22 tahun, makin hari perkara ini sering bermain di kotak minda aku.
Sampai bila untuk aku jadi begini?lalai dari semua perintahNya? Timbul rasa
insaf dan ingin kembali kepada fitrah kejadianku. Dari situ juga aku banyak
bermonolog sendiri,
"Jika
aku seorang lelaki yang jahat, adakah aku akan menerima wanita yang sama jahat
sebagai isteri aku?"
"Bagaimana
jika aku seorang lelaki yang baik?"
Dari
situlah bermulanya pengembaraan tranformasi untuk menjadi insan yang mulia di
sisiNya. Rasa malu terhadap Allah S.W.T itu kian menebal dan seiring rasa segan
untuk berhadapan wanita solehah yang memiliki tulang rusuk itu buat sekian
kalinya. Semua perasaan bercampur menjadi satu. Rasa malu kepada Allah
sehinggakan timbul rasa rindu kepadaNya. Baru sekarang aku dapat rasakan betapa
tenangnya hidup ini jika semua perintah Allah kita lakukan dengan hati yang
ikhlas dan laranganNya ditinggalkan jauh dari diri ini.
Namun
sudah bersediakah aku untuk mengaku kepada wanita solehah itu yang akulah tuan
milik tulang rusuk kirinya selama ini? Tepuk dada tanyalah iman. Pendek kata
apa yang aku lalui sekarang hanya sekadar di lapisan atas sahaja. Banyak lagi
perkara yang aku harus belajar agar wanita itu boleh menerima aku sebagai
suaminya yang taat kepada Penciptanya dan kasih kepadanya sepenuh hati.
Dan sekarang,aku punya satu hasrat terhadap wanita
solehah itu, ketahuilah bahawa aku sedang mempersiapkan diri untuk memilikimu
sebagai teman hidup aku yang sah.
Idea 12 April 2012@2200
like 1000x....
BalasPadamtq..
Padam