Assalamualaikum
Hari ini saya nak kongsi satu lagi ilmu yang saya pelajari semasa di sekolah menengah dulu. Sekolah saya dulu memang terkenal dengan kenakalan (jahat) pelajarnya. Kalau dulu orang-oranng tua tanye sekolah mane, then kate sekolah kat situ mesti tanggapan awal diorang yang kite ni sangat nakal.
Tapi alhamdulillah saya masih terkawal dan terlindung dari tejebak dengan perkara-perkara nakal. Mase form 4 saya dilantik menjadi pengawas. Tugas seorang pengawas ni memang berat. Nak kene jage disiplin pelajar. Memang susah sebab kebanyakan pelajarnya naka. Terutama pelajar lelaki.
Kalau silap cakap ngn diorang mau jadi 'lauk' belasahan diorang. Jadi Cikgu penasihat kami bagi petua untuk menajlankan tugasan kami yang agak berat tu. Pada sape2 yang nak amalkan, silakan lah.
Ini kaifiatnya:
Dibaca selepas solat fardhu / Sebelum melakukan sesuatu tugasan / pekerjaan
1. Baca surah al-fatihah 7x
2. Baca ayatul kursi 7x
3. Selawat 7x
Fadhilatnya:
Dipermudahkan segala urusan kita. Jika berurusan dengan individu yang kita rasa boleh memudharatkan, InsyaAllah orang tersebut lembut hati dengan kita dan tidak dapat memudharatkan kita. Ia juga menjadi benteng zahir dan batin serta menjadi pemanis diri..InsyaAllah.
p/s: Ingin beramal perlulah IKHLAS dan ISTIQAMAH dan berniat supaya mendapat perlindungan keredhaan ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Harap anda semua memberi komen atau kritikan yang membina dan penuh berhemahserta tidak menyentuh / menyinggung perasaan / peribadi seseorang.
Terima kasih.