‘Arafah’ Cinta
Jika benar menyambut hari Valentine ini tanda menghargai cinta, maka
kitalah yang paling layak menyambutnya, kata saya, “bukan untuk menyerupai
orang kafir tetapi Islam benar-benar menghargai cinta.”
Saya mengatakan demikian kerana Islamlah agama yang paling ke hadapan dalam menjaga kesucian cinta.
Apa tidaknya cinta (antara lelaki dan wanita) lahirnya di tempat yang
paling mulia. Cinta lahir di syurga! Ketika semua nikmat di syurga dapat
dikecapi, nabi Adam masih terasa ada “kekosongan”. Allah Maha Mengetahui isi
hati hamba-Nya, lalu diciptakannya seorang wanita – Hawa, bersama cinta. Lalu
kekosongan itu pun terisi. Cinta adalah nikmat hati. Dan manusia yang pertama
mengecap nikmat itu ialah seorang yang mulia – seorang nabi. Di mana? Di
syurga!
Cinta dilahirkan di tempat yang baik (syurga), dianugerahkan oleh yang Maha
baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (nabi Adam a.s) dan
diwariskan untuk orang yang baik-baik (para solihin). Sekali lagi, cinta lahir
di syurga dan akan berakhir (kembali) ke syurga.
Menyedari hakikat itu, marilah kita sucikan cinta seperti
mula ia dianugerahkan Allah. Hanya dengan cinta yang terjaga kesuciannya sahaja
manusia yang saling bercinta itu akan memasuki syurga. Bagaimana menjaga
kesucian cinta?
1. Bercinta kerana Allah
Sedarlah sentiasa bahawa cinta itu adalah “hadiah” daripada Allah. Justeru, jangan sekali-kali kita terleka dengan hadiah sehingga melupakan Pemberi hadiah (Allah). Cinta sesama makhluk jangan sampai mengatasi cinta kepada Allah. Cinta bukan Tuhan. Ia hanya hadiah daripada Tuhan. Malangnya, dalam cerita-cerita cinta versi Barat dan Timur, kerap kali dipaparkan seolah-olah cinta itu “Tuhan”.
Sedarlah sentiasa bahawa cinta itu adalah “hadiah” daripada Allah. Justeru, jangan sekali-kali kita terleka dengan hadiah sehingga melupakan Pemberi hadiah (Allah). Cinta sesama makhluk jangan sampai mengatasi cinta kepada Allah. Cinta bukan Tuhan. Ia hanya hadiah daripada Tuhan. Malangnya, dalam cerita-cerita cinta versi Barat dan Timur, kerap kali dipaparkan seolah-olah cinta itu “Tuhan”.
2. Menjaga peraturan cinta.
Kedua, cinta itu anugerah Tuhan yang diturunkan bersama peraturannya. Hargailah cinta dan hargai jugalah “peraturan cinta” yang dianugerahkan bersamanya. Maka begitulah dengan peraturan cinta. Jangan dipinggirkan peraturan itu tatkala bercinta. Jika tidak, cinta akan tercemar dan bertukar, dari nikmat yang paling indah menjadi racun pemusnah. Inilah akibatnya melupakan peraturan Tuhan dalam bercinta.
Kedua, cinta itu anugerah Tuhan yang diturunkan bersama peraturannya. Hargailah cinta dan hargai jugalah “peraturan cinta” yang dianugerahkan bersamanya. Maka begitulah dengan peraturan cinta. Jangan dipinggirkan peraturan itu tatkala bercinta. Jika tidak, cinta akan tercemar dan bertukar, dari nikmat yang paling indah menjadi racun pemusnah. Inilah akibatnya melupakan peraturan Tuhan dalam bercinta.
Peraturan cinta itu apa? Ia adalah syariat – hukum halal (wajib), haram,
sunat, makruh dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan
diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat dipulangkan
kepada kebijaksanaan dan kewarakan untuk membuat atau meninggalkannya.
Percayalah, kemanisan dengan menempuh jalan yang haram, akan berakhir dengan
kepahitan. Percayalah, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan.
Telah dikatakan sebelumnya bahawa cinta itu adalah “warisan” Nabi Adam buat
orang yang baik-baik di belakang hari. Jadi, untuk menikmati dan menjaga
kesucian cinta jadilah orang yang baik-baik dengan selalu membuat kebaikan.
Bagi suami isteri yang sudah diikat dengan tali perkahwinan, jadikanlah cinta
dalam rumah tangga untuk melaksanakan kebaikan kepada anak-anak, tetangga dan
masyarakat.
Raihlah sebanyak-banyaknya pahala sabar, reda, qanaah dan mujahadah semasa
berperanan sebagai suami atau isteri. Tuailah sebanyak-banyak pahala dalam
menguruskan rumah tangga. Untuk mengekalkan cinta sampai syurga cintailah yang
Maha kekal (Allah). Ikut syariat-Nya dalam apa jua keputusan. Katakan pada diri
selalu bahawa suami atau isteri bukan milik kita.
Pernah Sayidina Abu Bakar memerintahkan anak lelakinya menceraikan isteri
yang baru dikahwininya apabila dilihatnya anak lelakinya itu semakin cuai solat
berjemaah kerana asyik “berulit” dengan isteri. Tindakan itu bukan untuk
memutuskan cinta keduanya tetapi demi mengikat cinta itu dengan tali Allah.
Sayidina Abu Bakar menyedari cinta manusia yang membelakangkan cinta Allah
tidak akan sampai ke syurga!
Ingat selalu, untuk bercinta sampai ke syurga di akhirat jadilah rumah
tangga kita “syurga” di dunia – Baiti Jannati. Muhasabah selalu bersama isteri
atau suami apakah rumah tangga sekarang sudah layak digelar “syurga”? Jika
belum, berusahalah. Bermujahadahlah. Berkorbanlah. Pandang muka isteri (atau
suami), pandang seorang demi seorang anak-anak kita… Ucapkan pada diri, “tidak
akan aku biarkan seorang pun daripada kamu terpisah di akhirat nanti. Kita
semua akan berkumpul sekali lagi… abadi di syurga nanti. Insya-Allah. Amin.”
Bercintalah sampai syurga, jika benar-benar cintakan pasangan kita. Untuk
itu bersedialah menempuh kesusahan. Nabi Adam dan Hawa mula bercinta di syurga,
diuji dengan satu larangan, tersalah… dan “tercampak” ke dunia. Cinta terpisah
sekian lama. Adam di satu penjuru. Hawa di penjuru yang lain. Bertaubat
terus-terusan. Raja’na illallah (kembali kepada Allah). Dan akhirnya apabila
cinta yang “tercemar” itu kembali bersinar, bertemulah semula cinta mereka di
Arafah!
Cinta sampai syurga… jangan melupakan cinta Allah. Jangan dilanggar
syariat-Nya. Jika sudah tercemar, gilap kembali agar bersinar. Insya-Allah,
akan ada “Arafah” cinta kita. Akan ada syurga kita!
Tip bercinta
sampai syurga.
- Dahulukan hak Allah daripada hak
pasangan kita.
- Sentiasa bekerjasama untuk membuat
kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
- Sama-sama saling ingat
mengingatkan agar menjauhi kemungkaran.
- Rela berkorban kesenangan sesama
pasangan demi bakti sesama manusia.
- Berdoa dan bersedekah sebagai
wasilah mengekalkan cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Harap anda semua memberi komen atau kritikan yang membina dan penuh berhemahserta tidak menyentuh / menyinggung perasaan / peribadi seseorang.
Terima kasih.