Assalamualaikum dan Selamat sehjahtera,

Pertama sekali, terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Diharap anda enjoy dengan post yang saya pamerkan pada blog ini. Sekiranya ada komen / pandangan yang diberikan, sila-silalah catat komen anda yer.

Errmmm..nak cakap pe lagi yer…huhu…itu jela….selamat melayari blog…terima kasih sekali lagi…peace..Wassalam…

Mohd Hardani @ Teruna Banjar (^_^)


Jumaat, 21 September 2012

Kajian Saintifik Solat Di Awal Waktu




Setiap PERALIHAN waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan TENAGA alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan WARNA alam.

SUBUH


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi SISTEM metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan PENAWAR/REZEKI dan komunikasi.

Mereka yang kerap TERTINGGAL waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh , tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZOHOR



Warna alam seterusnya berubah ke warna HIJAU (isyraq & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi PERUT dan HATI yang berkaitan dengan sistem pengHADAMAN.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan KECERIAAN. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau TERLEWAT Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


ASAR


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem REPRODUKTIF.

Rahsia warna oren ialah KREATIVITI. Orang yang KERAP tertinggal Asar akan HILANG daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini TERPISAH.

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu ASAR ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


MAGHRIB


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap diNASIHATkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi JIN dan IBLIS (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam PERJALANAN juga seelok-eloknya BERHENTI dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh meNGELIRUkan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi OTOT, SARAF dan TULANG.


ISYAK



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa KEGELAPAN.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia KETENTERAMAN dan KEDAMAIAN di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap KETINGGALAN Isyaknya akan selalu berada dalam KEGELISAHAN. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keREHATAN.

Selepas TENGAH malam, alam mula bersinar kembali dengan warna PUTIH ( ), MERAH JAMBU dan seterusnya UNGU di mana ianya bersamaan dengan frekuensi KELENJAR pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya BANGKIT kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Demikianlah secra ringkasnya hubungan waktu-waktu solat dengan perubahan warna alam.

Sungguh besar rahsia solat itu sendiri, walau kelihatan ringkas namun yg tersirat amat hebat & mengkagumkan.

Allaahuakbar! Bersyukurlah atas segala nikmat & anugerah-Nya buat kita hamba yg lemah & dhaif.

Bersegeralah dalam bersolat, banyak hikmah & berkat dr ibadah solat yg diwajibkan.

Wallaahua’lam. 

Khamis, 20 September 2012

Amalan Harian



Assalamualaikum

Hari ini saya nak kongsi satu lagi ilmu yang saya pelajari semasa di sekolah menengah dulu. Sekolah saya dulu memang terkenal dengan kenakalan (jahat) pelajarnya. Kalau dulu orang-oranng tua tanye sekolah mane, then kate sekolah kat situ mesti tanggapan awal diorang yang kite ni sangat nakal.

Tapi alhamdulillah saya masih terkawal dan terlindung dari tejebak dengan perkara-perkara nakal. Mase form 4 saya dilantik menjadi pengawas. Tugas seorang pengawas ni memang berat. Nak kene jage disiplin pelajar. Memang susah sebab kebanyakan pelajarnya naka. Terutama pelajar lelaki.

Kalau silap cakap ngn diorang mau jadi 'lauk' belasahan diorang. Jadi Cikgu penasihat kami bagi petua untuk  menajlankan tugasan kami yang agak berat tu. Pada sape2 yang nak amalkan, silakan lah. 

Ini kaifiatnya:

Dibaca selepas solat fardhu / Sebelum melakukan sesuatu tugasan / pekerjaan

1. Baca surah al-fatihah 7x
2. Baca ayatul kursi 7x
3. Selawat 7x

Fadhilatnya:
Dipermudahkan segala urusan kita. Jika berurusan dengan individu yang kita rasa boleh memudharatkan, InsyaAllah orang tersebut lembut hati dengan kita dan tidak dapat memudharatkan kita. Ia juga menjadi benteng zahir dan batin serta menjadi pemanis diri..InsyaAllah.

p/s: Ingin beramal perlulah IKHLAS dan ISTIQAMAH dan berniat supaya mendapat perlindungan keredhaan ALLAH.

Rezeki - Pekerjaan

Assalamualaikum kawan-kawan..

Hurmm...lame dah tak update blog nih...maklumlah sibuk sangat..buat itu, buat ini. Sekarang baru la de masa untuk meng'post' citer baru. Baru-baru ni aku ada jumpa kawan sekolah menengah. Pendekkan citer, die de masalah sekarang ni. Masalah untuk mencari kerja. Dia ada tanya kat aku jika ada kerja kosong yang aku tahu. Then aku ade la bagi beberapa company yang nak cari pekerja. Tapi de satu masalah yang tak leh nak ubah member aku ni. Die memilih kerja.

Aku pon bile pat tau, pe lagi. Start ceramah la. Nak kerja tapi memilih. Tapi takla aku leter die lebey2..cume nasihat jer. Alhamdulillah die dengar dan ikot nasihat aku.

Aku pon de bagi la die petua untuk di amalkan. Petua ni aku dapat mase sekolah dulu. Maklumlah, dulu pengawas. Guru penasihat badan pengawas tu ustazah. Jadi banyak gakla ilmu yang dituntut. Jadi dari aku simpan-simpan, baik aku kongsi pada kawa-kawan semua. Harap petua ni memberi manfaat pada yang mengamalkannya. Kunci kejayaan sesuatu amalan adalah IKHLAS dan ISTIQAMAH. InsyaAllah diqabulkan ALLAH.

p/s: Pada yang berminat, silakan lah ambil dan amalkan. Insyaallah amalan yang menuju keredhaan Allah membawa barakah dalam kehidupan




Selasa, 14 Ogos 2012

Musibah atau Barakah Bukan Kesimpulan Hidup




Suatu masa ada seorang petani miskin yang mempunyai seekor kuda yang sangat indah. Kuda putih yang gagah itu sangat menarik perhatian sehingga raja terpikat dan bermaksud untuk membelinya. Tapi si petani menolak untuk menjualnya.

Si petani itu tidak bersedia menjual kuda itu walaupun raja sudah berkenan membayar dengan harga berapa pun. Jiran sekitar petani sangat menyesal dengan sikap petani miskin itu. Mereka berpendapat bahawa dengan menjual kuda itu, petani itu dapat mengubah hidupnya dan menjadi lebih senang. Jiran tetangga petani itu juga ada mengatakan bahawa kemungkinan petani itu akan menerima musibah atau kutukan akibat menolak rezeki sedemikian besar.

Sesungguhnya, hidup kita ini bagaikan lembaran buku yang telah ditulis-Nya. Di sebalik lembaran musibah, boleh jadi tersimpan barakah yang tiada tara dan sebaliknya. Ketika saat tertimpa musibah, bersabarlah dan berharaplah bahawa lembaran selanjutnya adalah lembaran anugerah.

Beberapa hari kemudian, kuda putih milik petani itu hilang daripada kandangnya. Tetangga si petani miskin itu berasa hairan. Mereka menyalahkan petani miskin itu yang tidak mahu menjual kudanya.

Mereka mendatangi petani miskin itu dan mengatakan bahawa dia telah terkena kutukan, dengan adanya musibah itu. Dengan menarik nafas agak panjang, si petani menjawab: “Kalian jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Anggaplah bahawa kudaku itu keluar dari kandangnya. Itu saja! Jangan engkau menganggap ini sebagai musibah atau malah barakah bagi saya!”

Setengah bulan kemudian, tiba-tiba kuda itu muncul dengan membawa lima ekor temannya. Kuda-kuda itu kemudian dilatih dan selepas jinak, dijual oleh petani itu dan dapat hidup mewah.

Semua tetangga menemui petani dan mengakui kesalahan mereka. Mereka mengatakan bahawa memang hilangnya kuda putih setengah bulan lalu adalah barakah. Si petani kemudian berkata: “Sudahlah jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Anggaplah bahawa kuda putih telah kembali dengan membawa teman-temannya. Itu saja! Jangan engkau mengatakan bahawa ini adalah sebuah musibah atau malah barakah bagi saya”.
Jiran tetangga kembali ke rumah masing-masing sambil tetap berpendapat bahawa petani itu begitu beruntung kerana telah mendapat barakah atas kembalinya kuda putihnya.

Si petani ini mempunyai seorang putera. Dia membantu ayahnya untuk menjinakkan kuda liar. Pada suatu saat, dia terjatuh ketika berusaha menjinakkan seekor kuda. Kakinya patah.

Tetangga pun kembali datang dan membenarkan apa yang dikatakan si petani. Mereka akhirnya mengakui bahawa kembalinya kuda-kuda itu bukan membawa barakah. Namun, si petani berkata: “Mengapa kalian begitu bodoh. Jangan terlalu cepat menyimpulkan! Baiklah anggap saja puteraku telah jatuh dan kakinya patah. Itu saja! Jangan engkau mengatakan apakah ini sebuah musibah atau barakah bagi saya.”

Sesungguhnya, hidup kita ini bagaikan lembaran buku yang telah ditulis-Nya. Di sebalik lembaran musibah, boleh jadi tersimpan barakah yang tiada tara dan sebaliknya. Ketika saat tertimpa musibah, bersabarlah dan berharaplah bahawa lembaran selanjutnya adalah lembaran anugerah.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman bermaksud: “
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah al Baqarah: Ayat 216).

Jumaat, 10 Ogos 2012

TANDA - TANDA MALAM AL-QADAR...

Dipetik laman sesawang dakwah seorang hamba Allah yang sentiasa berjuang menegakkan jihad dalam penulisan.


Kata orang lihat pada sebelah paginya – tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana “terlepas” malam Al Qadar.

Satu SMS menyatakan,” ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa. Rasa rugi kalau terlepas!” Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan Al Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya. Lalu saya balas SMS itu dengan kata, “ jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi “hamba” malam Al Qadar yang beribadah hanya pada malam itu sahaja.”

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat. 

Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas “malam tadi” (malam yang dirasakan malam Al Qadar) apakah sudah berubah… terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya… kita telah mendapat malam Al Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya… malam Al Qadar sudah menjadi milik kita!

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam Al Qadar. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1430 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menenemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!


Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim..aminn


Nota Hati : Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang mendapat rahmat di malam lailatul qadar..amin.. Mari sama-sama meningkatkan amal ibadat kita di bulan rahmat ini.

KESAN NIKMAT ITU PERLIHATKANLAH!



Apa yang ada di dalam hati dan fikiran akan terserlah melalui lisan, penampilan dan perbuatan. Jika hati dan fikiran baik, maka baiklah segala-galanya, dan begitulah juga jika sebaliknya.

Justeru, Sayidina Uthman Ibn Affan, seorang sahabat yang utama telah menegaskan,”Tidaklah seseorang merahsiakan sesuatu, kecuali Allah akan mengungkapnya melalui raut wajah dan lisannya.”
Maksudnya, air muka dan perkataan kita adalah cerminan apa yang ada di dalam hati kita.

Jika iman yang tersemat di dalam dada kukuh, maka indahlah wajah. Jika ilmu yang terpasak di dalam minda mantap, maka lancar dan sopan jualah pertuturan. Imam Ibnul Jauzi berkata,”Para salafussoleh menilai seorang hamba yang soleh itu dari penampilan dan sikapnya, bukan kerana ilmunya. Ini kerana buah daripada ilmu yang benar ialah penampilan dan sikap yang baik.”

Islam sangat mementingkan nilai estetika. Kamal (sempurna), Jalal (keagungan) dan Jamal (keindahan) adalah antara sifat-sifat kebesaran Allah. Kita sebagai hambaNya, mesti berusaha agar sifat-sifat kebesaran itu diyakini bukan sahaja oleh diri sendiri tetapi juga oleh orang lain. Bagaimanakah caranya?

Paparkanlah kesan nikmat dari Allah yang Maha Agung itu melalui diri kita. Tampilkanlah karakter atau keperibadian yang cantik, indah dan kemas menggunakan seluruh nikmat Allah yang telah diberikannya kepada diri kita. Jadikanlah diri kita sebagai bukti keindahan ciptaan Allah. Semoga dengan itu diri kita dan manusia lain akan merasai betapa Pencipta itu jauh lebih indah daripada segala ciptaan-Nya.   

Langkah inilah yang selalu diingatkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Auf bin Malik menceritakan, “Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW dengan berpakaian yang sudah lama dan lusuh.” Rasulullah SAW bertanya, “Adakah kamu mempunyai harta?” Aku menjawab, “Ya”. Rasulullah SAW kemudian bertanya lagi,”Dari mana sumber harta yang kau miliki itu?” Aku menjawab,”Allah memberikan pada ku melalui unta, kambing, keldai dan tepung.” Lantas Rasulullah SAW berkata, “ Jika engkau telah diberi harta oleh Allah, perlihatkanlah kesan nikmat Allah dan kemuliaan yang telah Allah berikan itu kepada mu.”

Dalam konteks yang sama pernah Rasulullah SAW melihat seorang pemuda yang kusut dan rambutnya pun tidak terurus, lalu baginda bersabda,”Apakah orang ini tidak mempunyai sesuatu yang membolehkannya merapikan rambutnya?” Rasulullah SAW juga pernah melihat seorang sahabatnya mengenakan pakaian yang kotor, lantas baginda menegur,”Apakah orang ini tidak memiliki air untuk mencuci pakaiannya?”

Ternyata Rasulullah SAW adalah orang yang paling menjaga penampilannya. Bersih, kemas dan cantik adalah citra diri yang sentiasa sinonim dengan Rasulullah SAW. Baginda adalah “Al Quran hidup” yang begitu indah bila dilihat, apalagi bagi yang bergaul bersamanya. Dari Jabir bin Samrah  RA, diriwayatkan,”Aku melihat SAW pada suatu malam terang bulan, aku melihat antara Rasulullah SAW dan bulan.” Jabir menyambung.” Ternyata Rasulullah SAW bagi ku lebih indah daripada rembulan.”

Untuk tampil indah tidak semestinya dengan kekayaan tetapi cukup dengan kebersihan dan kekemasan. Ertinya, sikaya dan simiskin mampu untuk tampil indah, kemas dan memikat. Bukan untuk berbangga tetapi sebagai kaedah untuk membuktikan betapa besarnya kesan nikmat Allah kepada kita. Juga sebagai manifestasi keindahan Islam yang kita anuti dan perjuangkan. Bukan diri kita yang hendak dibesarkan, tetapi kebesaran Alah dan keindahan Islam.

Itulah juga tradisi dan ‘life style’ para Salafus soleh. Imam Ahmad Ibnu Hanbal rhm misalnya, terkenal dengan penampilannya yang kemas dan indah walaupun beliau bukan seorang yang kaya. Beliau adalah seorang anak yatim dan berasal daripada keluarga yang miskin. Bukan sahaja ketinggian ilmu dan keindahannya yang memikat, bahkan penampilan fizikalnya turut menyejukkan hati.

Tentang penampilan Imam Ahmad bin Hanbal itu, seorang sahabat karibnya Al Maimuni telah berkata,”Aku tidak pernah melihat ada seseorang yang memakai pakaian lebih bersih dari Imam Ahmad rhm. Belum pernah aku melihat ada orang yang merapikan janggut dan rambutnya hingga kacak badannya melebihi Imam Ahmad rhm. Bahkan aku belum pernah melihat baju yang lebih putih seperti  yang dipakai oleh Imam Ahmad.”

Inilah jalan yang ditempuh oleh para Salafus soleh untuk meneladani jalan Rasulullah saw dan inilah juga jalan kita. Hiasilah diri kita agar sentiasa tampil anggun dan menawan. Ingat, wajah, lisan, pakaian dan luaran kita adalah terjemahan apa yang ada di dalam hati kita!

nota hati : tak perlu belajar control wajah dalam semua keaadaan, yang penting jaga hati dan sentiasa mensyukri nikmat Ilahi. Insyaallah hati akan tenang dan wajah akan berseri. Kerana insan yang sentiasa mensyukuri nikmat Ilahi akan sentiasa berasa tenang. Insyaallah..

Selasa, 24 Julai 2012

Kuih Sepit a.k.a Kapit

Fuhh..mencabar juga...itu ayat pertama yang terkeluar dari mulut bile cuba membuat kuih ni. Mane tak nyer, first time wat ade yang tak bpe masak, tlebih masak dan paling best menahan panas minyak. Bila dengar dari cerita mak memang nampak agak mencabar wat kuih ni tapi aku tak bpe kesah..konon igt senang..hahaha..sekali da buat, tau camne pengalamannya. tapi berbaloi sebab rase seronok bile da jadi. Timbul rase kepuasan.
Bile da siap aku pon rase kuih tersebut, pehh..memang power kuih masakan orang bujang nih..kalah anak dara..huhu (saje puji diri sendiri). Ni memang pengalaman pertama aku wat kuih, tapi alhamdulillah menjadi juga. Sebenarnya tidak lah susah nak wat kuih ni, senangjer cume jari perlu tahan dengan kepanasan minyak. So pade kawan2 yang nak try wat kuih ni..bolehla cube..klu nak lebih mencabar, cube bakar pakai kayu api.
Pada sesiapa yang nak cube resipi ni sila kanlah ni aku sertakan bahan2 dan cara membuatnya.

1/2 kilo tepung gandum
1/2 kilo gula
3 biji telur
1 sudu kecil garam
3 cawan santan
Minyak masak

Caranya:
Pukul telur sehingga kembang, kemudian masuk kan tepung gandum, gula dan santan berselang seli.Pukul sehingga rata kemudian masukkan garam. Setelah siap bahan tersebut, panaskan minyak dan acuan kuih sepit a.k.a kapit.Setelah minyak panas, letak bahan yang dicampur tadi di atas acuan dan kepit, kemudian masuk ke dalam minyak. Goreng sehingga kuning keemasan, kemudian kikis kulit di tepi acuan. Buka tudung acuan dan keluarkan isinya untuk dilipat denga segera. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


nota hati: Jika nak lebih mudah, order jer ngn saya 0172248074
               50 keping - Rm 10, 100 Keping - Rm 18.
                Jika nak saya pos kan juz tambah Rm 6.

Mudah, senang dan ringkas kan..hehehe