Mukadimah
Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita.
Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan
dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham.
Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan
secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara,
tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang
menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa
yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza
daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah
lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding
dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam
bentuk kata-kata.
Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang
sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti.
Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang
lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan
untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini
bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian.
Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak
lelaki adalah mudah.
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin
wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya.
Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi.
Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya,
atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya
suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang
kacau.
Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita
masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang
dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi
mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan
kekuatan dan keberanian yang maksima.
Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika
lelaki tahu yang pasangannya suka bercerita kepada wanita lain tentang
dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra
mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang
lelaki mahu pasangannya saja yang menyimpan rahsia-rahsianya.
Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya
ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum
lelaki agar kita lebih memahaminya.
Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika wanita itu
bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk
menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau
rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan
berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka
dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan
oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan
teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan
tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung
dengan sedikit pujian.
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita,
wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan
keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan
abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”
Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di
masabual biasa dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi
bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau
kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati
kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya
diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda
mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap
orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.
Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak
mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional,
bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu
lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
p/s: setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. terima lah seadanya kekurangan dan kelebihan pasangan anda. InsyaAllah hidup akan lebih bahagia bila saling menrima dan juga memberi. Peace (^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Harap anda semua memberi komen atau kritikan yang membina dan penuh berhemahserta tidak menyentuh / menyinggung perasaan / peribadi seseorang.
Terima kasih.