Assalamualaikum dan Selamat sehjahtera,

Pertama sekali, terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Diharap anda enjoy dengan post yang saya pamerkan pada blog ini. Sekiranya ada komen / pandangan yang diberikan, sila-silalah catat komen anda yer.

Errmmm..nak cakap pe lagi yer…huhu…itu jela….selamat melayari blog…terima kasih sekali lagi…peace..Wassalam…

Mohd Hardani @ Teruna Banjar (^_^)


Jumaat, 30 Mac 2012

Bandar Klang Dilanda Banjir Kilat















KLANG DILANDA BANJIR 

Akibat hujan lebat semalam, beberapa kawasan di Klang dilanda banjir kilat awal pagi Jumaat. Antara kawasan yang terjejas termasuk Taman Sri Andalas, Taman Selatan, Taman Bayu Perdana and Taman Melawis, Taman Sentosa, Taman Sg Ujong, Taman Palmgrove, Padang Jawa dan Taman Chi Liung.

Beberapa sekolah termasuk Sekolah Menengah La Salle, Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Sekolah Rendah Simpang Lima dan Sekolah Teknik Batu Ujong turut dinaiki air. Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah perlu ditutup sepanjang hari kerana kedudukan air separas lutut.
Kejadian banjir itu menyebabkan kesesakan teruk di beberapa jalan utama seperti Persiaran Tengku Ampuan Rahiman, Persiaran Seraya dan Persiaran Raja Muda Musa menghala ke Port Klang.

p/s: punca banjir kadang-kadang dari kekhilafan kite sendiri..dok buang sampah merata...bila hujan lebat, longkang lak tesumbat ngn sampah...pe lagi..banjir kilat pon berlaku...
renung-renungkan....(^_^)

Rabu, 28 Mac 2012

Tentang Lelaki

Mukadimah

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
 Tentang Seorang Lelaki :~
Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang pasangannya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang lelaki mahu pasangannya saja yang menyimpan rahsia-rahsianya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di masabual biasa dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

p/s: setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. terima lah seadanya kekurangan dan kelebihan pasangan anda. InsyaAllah hidup akan lebih bahagia bila saling menrima dan juga memberi. Peace (^_^)

Filem Cinta Berlandaskan Syariah

7 Petala Cinta


Sape yang da tengok Filem 7 Petala Cinta sila angkat tangan...cerita cinta berdasarkan kecintaan kepada Ilahi...cerita ni kalau benar-benar dihayati dari permulaan hingga akhir, boleh membuatkan insan yang menontonnya menerbitkan jernih kaca yang lahir dari mata lalu menjadi sungai tangisan (cehh....nak bermadah plak) Cerita ni memang benar2 menyentuh hati. Watak yang dilakonkan juga hidup. Banyak pengajaran yang ada dalam filem ni..antaranya :

~ Mencintai hamba-Nya kerana Sang Pencipta.
~ Redha dengan ketentuan Ilahi.
~ Sentiasa mengingati dan meningkatkan rasa kecintaan kepada Ilahi kerana cinta terhadap Sang Pencipta akan kekal selamanya.

"Allah tidak memberi apa yang kita hendak tetapi DIA akan kurniakan kepada kita apa yang kita perlu"

"Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Bersangka baiklah terhadapNya dan ikhlaskan hati kerana ALLAH"


p/s: Kepada kawan2 yang belum tonton filem ni...senang2 kan lah diri untuk g panggung tonton citer ni..

Selasa, 27 Mac 2012

" Berdamailah Dengan Takdir "



Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:


”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”




Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.


Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.


Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”


Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.


Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!


p/s: Bersangka baiklah kita kepada Allah dan redha dengan takdir kita. InsyaAllah kita akan menuju
        ke jalan kemenangan. Ikhlaskan niat kita kerana ALLAH.


p/ss: Berusahalah tanpa mengenal erti putus asa. "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib
          hamba-Nya, sekiranya hamba-Nya itu tidak berusaha untuk mengubahnya kearah kebaikan"

Isnin, 26 Mac 2012

~ Carilah Seorang IMAM Untuk Dirimu ~












Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? " " Maybe kot. Try search kat google.." " Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.." " Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid...

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu. " Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "


Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

 MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak!


p/s: artikel diatas adalah pesanan untuk diri saya dan anda semua. renung-renugkan dan selamat bera'mal.

Ahad, 25 Mac 2012

Ayat Kursi dan Kaifiat Mengamalnya

Sesuai dengan kebesaran Ayatul Kursi..Khadam Ayat tersebut pastilah Kekasih Allah sendiri yakni Muhammad s.a.w

Maka kerana itu untuk menjazamkan Ayat Kursi hendaklah selawat dan salam serta di hadiahkan Al-Fatihah kepada Rsulullah s.a.w

Di sebelah Patani...Ramai tok-tok Guru menggunakan Kursi sebagai Salah Satu Cara melindung diri didalam Kaedah Lam Jalalah.(nak tau Lam Jalalah sila tanya tok guru / ulama. Tak pun rajin2 la ke masjid...)

Kaedah menjazam ayat Qursi yang paling asas ialah :


1) Baca Selawat..Hadiah Fatihah pada Rasulullah s.a.w dan Guru2..Niat nak jazamkan Amalan Ayatul Qursi

2) Di amal selepas Isyak sebanyak 313x tanpa putus yakni tidak boleh batal wuduk atau bercakap di pertengahan..Kalau terbatal, terkentut atau sakit perut secara tiba2..pi le toilet.takan kaifiat dalam toilet pun nak ajar...Biasanya kalau jadi camtu...pasti ada unsur2 mistik...

3) Kalau dah batal...ambil wuduk balik dan buat balik dari asal yakni start 0.

4) Kalau tak larat...buat di lain malam...malam jumaat tak digalakan...takut kaum ibu merengek-rengek atau kaum bapa gelisah semacam je...Tapi nak buat apa salahnya..kalau Batal jangan cakap saya tak pesan....Ada member yang sampai 7 malam baru dapat sukses..kalau ada apa2 kelebihan seperti pahala dan sebagainya untuk malam yg gagal 6 kali tu..tetap ada...sebab kita baca Al-Quran

5) Tak payah baca 9 perhentian..baca cam biasa je...Baca bismillah boleh sekali dipermulaan sahaja...


Sesudah Jazam....Bolehlah mula diamalkan untuk pakaian harian...
Pilih samada 7x, 18x, 21x, 51x, 72x, 144x sehari....Tidak perlu sekali gus..yg pntg niat dihati perlu IKHLAS kerana ALLAH.

Peringatan :

Kaedah 7x - untuk self defense
18x - sudah ada auto censor - bila berhampiran tempat angker atau orang yg bermasalah pasti kita dapat terasa sesuatu..itu bergantunglah kepada tahap kepekaan memasing...boleh di uji dengan bertanya kepda mereka yg boleh scan nampak.
51x - Boleh menjadi ancaman kepada sihir dan makhluk halus
72x dan 144x tu korang dah boleh jadi ULTRAMAN TARO...dengan izin ALLAH..

p/s : Pada yang berminat sila rujuk kepada Tuan Guru / Ahli Ulama. Jangan semberono jer. Yang penting niat dihati perlu ikhlas kerana ALLAH.

Sabtu, 24 Mac 2012

Serba Sedikit Tentang Orang Banjar

Dipetik dari Berita Harian:
Panas baran dan tegas. Itu disimpulkan oleh bekas Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Qamaruz Zaman Ismail, 80, ketika menceritakan mengenai ciri-ciri masyarakat Banjar. Ini disebabkan sejarah masyarakat itu sendiri yang sentiasa berdepan dengan krisis peperangan menuntut hak mereka.
Malah, diakatakan sejak mereka berhijrah ke Tanah Melayu, masalah bahasa menyebabkan kurangnya interaksi di antara mereka dengan penduduk sedia ada. Memilih untuk hidup berasingan, jauh daripada masyarakat lain juga menjadikan mereka dilihat seperti sukar untuk didekati.
“Dulu, masyarakat kami terbawa-bawa dengan cara hidup dan keadaan di Banjarmasin dengan kebanyakan masalah diselesaikan dengan peperangan dan pemberontakan. Pendek kata, gaduh, sikap panas baran itu dibawa sampai ke sini sama seperti orang Tagalog di Filipina yang asalnya orang Banjar, juga panas baran.”
Ada dua kelompok penghijrahan orang Banjar ke negara ini iaitu mereka yang mahu bebas daripada masalah dan tekanan di Banjarmasin serta sekelompok lagi ialah pendakwah. Mereka yang lari dan mahu bina kehidupan baru memilih untuk mengasingkan diri dan tinggal jauh di dalam hutan.
Mereka ini tidak begitu disegani orang tempatan kerana masalah bahasa. Justeru, mereka buat tebuk (laluan ke tengah hutan) dan bina perkampungan di sana. Biasanya dalam satu tebuk ada beberapa keluarga daripada kelompok sama.
Kelebihan tebuk ialah tiada siapa tahu ada laluan di situ dan jika dapat ditemui laluan itu seterusnya ke hujung tebuk, baru tahu rupa-rupanya ada perkampungan di situ. Mereka diam-diam saja dalam tebuk. Tiada siapa tahu. Itu menyebabkan hubungan mereka dengan masyarakat luar agak kurang dan sekadar dalam kelompok mereka sendiri.
“Orang Banjar memang sejak dulu lagi terkenal dengan sikap mudah naik radang. Dulu kalau masuk kampung pakai kopiah senget pun akan ada orang yang betulkan dan beri teguran sebab pemakaian sebegitu dianggap samseng. Nak selamat, pakai elok-elok. Itu menunjukkan orang Banjar pantang dengan sesuatu yang boleh mencabar mereka,” katanya.
Sebenarnya memang orang Banjar ada sikap pantang dicabar. Pemakaian kopiah senget dalam masyarakat kampung dulu dianggap mencabar penduduk di situ dan sebagai orang berdarah pahlawan, mereka pantang dicabar. Sikap itu sebenarnya terbawa-bawa sehingga hari ini, namun dalam konteks positif di mana mereka terkenal sebagai pesaing hebat dalam semua bidang.
Menyambung ceritanya, Qamaruz Zaman berkata, dulu selalu berlaku pertikaian dan pergaduhan ketika ada pekan sehari. Kadangkala sampai bertikam dan berbunuhan. Malah, ketua samseng dalam masyarakat Banjar dulu menyimpan misai. Misai dikatakan lambang kepada kehebatan dan ketinggian ilmu persilatan seseorang.
Mengikut cerita, pernah berlaku pergaduhan antara dua orang. Orang Banjar yang bergaduh itu diasak teruk sampai rebah menyembah bumi. Ketika cuba bangun dan menyapu pasir di mukanya, dia tersentuh misai sendiri. Baru dia sedar yang dia bermisai, sekaligus menaikkan semangatnya kembali kerana dia perlu tunjuk dia kuat.
“Saya rasa sikap garang ini sudah ada dalam darah orang Banjar. Orang Banjar dulu takkan ke mana-mana tanpa pisau belati di pinggang. Masih saya ingat lagi, dulu terkenal pisau belati degan logo garpu buatan Jerman. Itu senjata wajib orang Banjar. Ia mungkin kerana didikan sejak kecil, di mana anak akan dipuji jika berani,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengakui sikap sebegitu sebenarnya bukan saja ada pada orang Banjar, malah kebanyakan pendatang yang berhijrah ke sini kerana tindakan mereka merantau ke negara orang itu sendiri membuktikan mereka masyarakat yang berani.
NOTA KAKI:
Admin tidak menafikan kebenaran cerita di atas. Lelaki Banjar tak lekang dengan parang panjang di tangan atau terselit antara tempat duduk dan ‘ancak’ basikal, parang pendek bersarung kayu (yang disebut sebagai ‘parang kumpang’ oleh orang Banjar) terjuntai dengan talinya terikat di pinggang, pisau belati bersarung kulit terselit di pinggang atau tersimpan rapi dalam kocek seluar…ilmu persilatan pula ialah “langkah 12″.
Itu identiti Banjar zaman dulu, era di mana suku kaum Banjar sinonim dengan ungkapan “di mana ada purun dan bemban, di situ ada Banjar”.
Banjar hari ini sudah tak kenal apa itu ’purun’ dan apa itu ‘bemban’.
Sebelum ada tali rapiah, ‘purun’ dibuat tali, atau dianyam dibuat tikar. Kulit bemban disiat dan dianyam menjadi tikar atau raga. Sekarang kalau ditanya kepada anak-anak banjar tentang bahasa banjar, rata-rata tidak tahu dan memahami bahasa banjar. Al-maklumlah, dah bercampur dengan melayu di sini. Jadi kepada anak-anak yang berdarah orang banjar..rajin-rajin lah belajar mengenai adat dan bahasa banjar..sekurang-kurangnya memahami sepatah dua kata agar tidak hilang identiti anda.
p/s: Saya bangga dilahirkan dalam bangsa banjar yang beragama islam dan menjadi warganegara Malaysia J
“Love ur self, then others will love you”